KUALA LUMPUR: Seorang warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyokong perbuatan penyeludupan 31 imigran dari negaranya pada September lalu.

Mohammad Jony Sheikh, 43, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Muhammad Ilmami Ahmad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai mekanik didakwa memberikan sokongan dengan menyediakan kepada individu yang menyeludup 31 migran warga Bangladesh di sebuah unit kediaman di Jalan Sentul Perdana pada pukul 4.30 petang, 10 September 2026.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 26I (1) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.