BEKAS peserta program realiti American Idol, Caleb Flynn dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa peluang pembebasan selepas didapati bersalah membunuh isterinya, Ashley Flynn pada Februari lalu.
Flynn, 40, juga bekas pastor muzik itu sebelum ini cuba meyakinkan mahkamah bahawa isterinya ditembak ketika sedang tidur selepas seorang penceroboh memecah masuk kediaman mereka di Tipp City, Ohio.
Namun, alasan tersebut ditolak juri selepas perbicaraan selama lapan hari sebelum bapa kepada dua anak itu didapati bersalah atas pertuduhan membunuh serta lapan pertuduhan tambahan termasuk pembunuhan terancang dan mengganggu bukti.
Lebih memilukan, anak perempuan pasangan itu tampil menyampaikan surat kepada bapa mereka ketika prosiding hukuman, meminta Flynn mengakui perbuatannya selain mempersoalkan alasannya sanggup membunuh ibu mereka.









