am@hnmeetro.com.my

Sungai Petani: Inspektor dan 11 anggota polis didakwa di dua Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan mereka kira-kira dua tahun lalu.

Kesemua tertuduh yang berusia 29 hingga 57 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman dan Noor Fazlina Musa.

Lima tertuduh membabitkan Mohd Khairi Zakaria, 57; S Sarvindran, 30; G Selva Kumar, 38; Muhammad Shabri Salamat, 32, dan Muhammad Hazri Ramlee, 42, didakwa di hadapan Noor Farah Hazwani.

Tujuh lagi tertuduh, Wan Muneer Abdullah, 38; Muhammad Azri Zakariya, 37; Mohammad Muizzuddin Mohmad Taib, 31; Khairol Nizam Mohamad, 36; Mohd Fazly Long, 47; Syamsul Ismail, 29, dan Mohd Arami Aluwi, 36, pula dihadapkan di hadapan Noor Fazlina.