razis@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Perbezaan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) rasmi Malaysia dengan Indeks Kualiti Udara (AQI) yang dipaparkan oleh sesetengah laman sesawang antarabangsa bukan bermaksud Jabatan Alam Sekitar (JAS) merendahkan tahap pencemaran.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS, Azuri Azizah Saedon berkata, perbezaan antara bacaan IPU rasmi dengan AQI pada laman sesawang atau aplikasi pihak lain boleh berlaku kerana platform berkenaan mungkin menggunakan skala dan sistem indeks negara lain termasuk US AQI.

"IPU dan AQI tidak boleh dibandingkan secara langsung berdasarkan angka yang dipaparkan semata-mata.

"Bacaan yang berbeza tidak bermaksud JAS merendahkan tahap pencemaran. Sebaliknya perbezaan itu lazimnya berpunca daripada kaedah pengiraan, piawaian indeks, sumber data, lokasi serta tempoh dan masa pengukuran yang berbeza.