mahaizura@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Privasi, ruang luas dan kurang perhatian orang ramai antara faktor menjadikan resort terbiar serta vila sebagai lokasi strategik sindiket penipuan dalam talian atau scam menjalankan kegiatan mereka.

Pakar Kriminologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Azahah Abu Hassan Shaari berkata, pemilihan premis seumpama itu membolehkan sindiket beroperasi secara tertutup selain mempunyai ruang mencukupi untuk menempatkan pekerja, peralatan teknologi dan kemudahan komunikasi.

Katanya, lokasi terpencil juga memberikan sindiket kawalan lebih tinggi terhadap aktiviti dalam premis, malah boleh digunakan sebagai penginapan pekerja termasuk individu yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia.