am@hmetro.com.my

Seremban: Kertas siasatan kes pelajar lelaki berusia 16 tahun yang dipercayai dibuli sehingga menyebabkan limpa pecah, sudah dirujuk kepada Pejabat Perundangan Negeri Sembilan pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, kertas siasatan dirujuk untuk mendapatkan arahan dan tindakan lanjut.

"Pada 11 Ogos lalu, jam 8.45 malam, suspek iaitu seorang pelajar Tingkatan Empat berusia 16 tahun dari sekolah sama, ditahan bagi membantu siasatan.

"Suspek direman selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Ogos, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis," katanya kepada Harian Metro.