am@hmetro.com.my

Georgetown: Dua daripada empat tertuduh yang didakwa dalam kes kematian, T Nhaveen, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa mereka ada 'memerli' mangsa ketika bertemu secara kebetulan di sebuah gerai burger pada malam kejadian, sembilan tahun lalu,

Bagaimanapun, tertuduh, J Ragesuthen, 27, menafikan dia bersama tiga tertuduh lain memukul Nhaveen pada hari kejadian sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian mangsa.

Ragesuthen dalam kenyataan bertulis di hadapan Hakim Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid ketika prosiding perbicaraan pembelaan berkata, dia dan seorang lagi tertuduh, K Tatisan, 26, membeli burger di gerai di Taman Tun Sardon dengan menunggang motosikal.

"Saya nampak T Previin (yang ketika itu berusia 19 tahun) Nhaveen (18 tahun) juga ada di kedai burger itu. Saya dengan Tatisan perli Nhaveen tetapi tak ingat apa kandungan itu.