RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi menafikan laporan di media sosial mengenai cubaan pengeboman bunuh diri di Masjidil Haram di Makkah, selepas video mendakwa seorang lelaki memakai jaket bahan letupan cuba menghampiri Kaabah tular dalam talian.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi berkata pada 2 Oktober bahawa seorang lelaki memang ditahan di Makkah, tetapi penahanannya tidak mempunyai kaitan dengan cubaan melakukan serangan bom seperti didakwa di media sosial.

Menurut pihak berkuasa, lelaki berkenaan ditahan kerana mengganggu orang ramai serta mencetuskan ketakutan dan keadaan panik.

"Pihak keselamatan di ibu kota suci menahan seorang individu kerana mengganggu orang yang lalu-lalang serta menimbulkan ketakutan dan panik dalam kalangan mereka.