Istanbul: Gabungan yang diketuai Arab Saudi yang menyokong kerajaan Yaman pada Khamis malam berkata ia telah memintas dan memusnahkan dua peluru berpandu balistik serta empat dron di ruang udara selatan Arab Saudi.

Anadolu Ajansi melaporkan kenyataan gabungan menyebut kedua-dua peluru berpandu balistik berkenaan dipintas dan dimusnahkan di ruang udara bandar Khamis Mushait dan Jazan.

Empat dron turut dipintas dan dimusnahkan di ruang udara Khamis Mushait, tambah kenyataan itu.

Gabungan berkenaan menyatakan pasukannya akan terus "mengambil dan melaksanakan langkah-langkah bagi mengekang militan Houthi."

Tiada butiran lanjut mengenai kerugian atau kerosakan yang dialami.