Istanbul: Pakatan ketenteraan diketuai Arab Saudi di Yaman pada Khamis menyalahkan kumpulan Houthi atas serangan dron pada awal minggu ini ke atas sebuah stesen pengagihan tenaga elektrik di bandar Madinah, Arab Saudi, lapor Anadolu Ajansi.
Jurucakap pakatan itu Mejar Jeneral Turki al-Maliki berkata serangan berkenaan menyasarkan stesen pengagihan tenaga elektrik Taibah pada 5.11 pagi waktu tempatan, Selasa.
Al-Maliki berkata semakan operasi dan pemeriksaan terhadap serpihan dron itu mengesahkan pembabitan Houthi dalam merancang dan melaksanakan tindakan yang disifatkannya sebagai "tindakan pengganas yang pengecut."
Serangan itu menyebabkan satu transformer tidak dapat beroperasi, namun tidak menjejaskan grid elektrik, katanya.






