KUALA LUMPUR: PKR sedang memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebelum mengumumkan senarai berkenaan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.
Naib Presidennya, Datuk Seri R. Ramanan berkata, parti itu juga akan melancarkan bilik gerakan bagi menghadapi PRN berkenaan pada hujung minggu ini.
“Dari segi persiapan, kita memang sudah bersedia. Kita sentiasa bersedia. Sama ada kita cukup bersedia atau tidak, kita belum tahu sehingga keputusan pilihan raya diumumkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Minggu MyBakat oleh TalentCorp di Connexion Conference & Event Centre (NEXUS), Bangsar di sini, hari ini.
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November ini sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka ke-16, manakala penamaan calon pada 31 Oktober dan pengundian awal pada 10 November.










