KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dalam proses memuktamadkan calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan pengumuman dijangka dibuat dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.Naib Presidennya, Datuk Seri R Ramanan berkata, gerak kerja bagi menghadapi PRN berkenaan pula akan dilancarkan pada hujung minggu ini."Setakat ini, kita dalam proses untuk memuktamadkan calon-calon yang bakal bertanding di Melaka."Pada hujung minggu ini, kita akan melancarkan bilik gerakan untuk PRN bagi Keadilan (PKR). Jadi, tunggulah. Dua, tiga minggu lagi kita akan umumkan calon-calon," katanya selepas selesai merasmikan Minggu MyBakat oleh TalentCorp di sini pada Khamis.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November depan sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-16, manakala 31 Oktober sebagai hari penamaan calon.Menurut Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, hari mengundi awal bagi PRN DUN Melaka akan diadakan pada 10 November dengan tempoh berkempen berlangsung selama 14 hari bermula 31 Oktober hingga 13 November.PRN Melaka diadakan susulan pembubaran DUN pada 23 September lalu yang diumumkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Seri Negeri.DUN Melaka membabitkan 28 kerusi, dengan PRN lalu menyaksikan Barisan Nasional (BN) memenangi 21 kerusi, Pakatan Harapan (PH) lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.PRN Melaka merupakan PRN ketiga diadakan tahun ini selepas PRN Johor pada 11 Julai, disusuli Negeri Sembilan pada 1 Ogos.Setakat Julai 2026, jumlah pemilih berdaftar di Melaka mencecah 687,697 orang berbanding 495,195 pemilih pada PRN 2021.
PRN Melaka: PKR sedang muktamad calon, umum dua atau tiga minggu lagi

Key takeaways
PKR sedang memuktamadkan calon untuk PRN Melaka, dengan pengumuman dijangka dalam dua hingga tiga minggu.
- PKR dalam proses memuktamadkan calon untuk PRN Melaka.
- Bilik gerakan untuk PRN akan dilancarkan hujung minggu ini.
- PRN Melaka dijadualkan pada 14 November dengan penamaan calon pada 31 Oktober.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- NORAFIDAH ASSAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: Ahmad Maslan syor umum calon BN lebih awal
- Utusan Malaysia PH belum muktamad kerjasama PRN Melaka
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka pada 14 Nov, penamaan calon 31 Okt - SPR
- Sinar Harian PRN Melaka: PKR sedang muktamad calon, umum dua atau tiga minggu lagi (this story)
- Utusan Malaysia PRN Melaka: PKR umum calon dua, tiga minggu lagi








