LEE Zii Jia meneruskan kemaraannya di Terbuka Artik selepas menewaskan wakil Taiwan, Su Li Yang alam aksi pusingan 16 di Finland pada Khamis. Pemain perseorangan profesional lelaki negara itu tampil kemas untuk mencatat kemenangan 21-17, 21-12 dalam tempoh 46 minit, sekali gus mengesahkan tempat dalam kelompok lapan terbaik kejohanan.Zii Jia tidak menunggu lama untuk mengambil inisiatif dengan permainan pantas dan serangan agresif, namun Li Yang tetap memberikan saingan bagi memastikan perlawanan berlangsung sengit pada awal set pertama.Selepas mendahului 11-9, Zii Jia mula melebarkan jurang sebelum menamatkan set pembukaan 21-17.Rentak pemain negara itu semakin menjadi pada set kedua apabila dia lebih selesa mengawal pergerakan di gelanggang selain menghasilkan serangan yang lebih tersusun.Li Yang cuba bangkit untuk mengubah kedudukan, tetapi Zii Jia kekal tenang mengawal permainan sebelum menutup set kedua 21-12 untuk kemenangan straight game.Kejayaan itu meneruskan momentum Zii Jia selepas dia terlebih dahulu menewaskan pemain China, Dong Tian Yao pada pusingan pertama.Bagaimanapun, Zii Jia berdepan ujian lebih besar di suku akhir apabila dijadualkan menentang pilihan kedua kejohanan, Christo Popov dari Perancis.Rekod pertemuan bagaimanapun memberikan sedikit kelebihan psikologi kepada Zii Jia apabila memiliki catatan kemenangan 2-0 ke atas Popov dalam dua pertemuan terdahulu.Selepas bermula dari pusingan kelayakan dan kini melangkah ke suku akhir, Zii Jia pasti mahu meneruskan momentum positif untuk mencabar kedudukan lebih jauh di Terbuka Artik.
Zii Jia mara ke suku akhir Terbuka Artik

Key takeaways
Lee Zii Jia mara ke suku akhir Terbuka Artik selepas menewaskan Su Li Yang dengan skor 21-17, 21-12.
- Lee Zii Jia menewaskan Su Li Yang dalam perlawanan pusingan 16.
- Zii Jia mencatat kemenangan straight game dalam 46 minit.
- Dia akan menentang Christo Popov di suku akhir.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian , Berita Harian , Kosmo
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SINAR HARIAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Merino pacu Sepanyol ke suku akhir
- Berita Harian Zii Jia pamer belang, mara pusingan kedua Terbuka Artik
- Berita Harian Zii Jia ke suku akhir Terbuka Artik
- Sinar Harian Zii Jia mara ke suku akhir Terbuka Artik (this story)
- Harian Metro Zii Jia mara ke suku akhir Terbuka Artik








