KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hasan dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas tiba-tiba berpeluh dan merasa tidak selesa ketika sedang mengikuti persidangan Dewan Rakyat di sini pada Khamis.Bagaimanapun, pemeriksaan doktor mengesahkan beliau tidak mengalami serangan jantung dan dinasihatkan berehat dalam tempoh 24 jam.Pegawai khasnya, Norakmalina Abu Kassim berkata, Azahari kini berada dalam keadaan baik dan tiada perkara serius dilaporkan selepas pemeriksaan lanjut di IJN."Doktor sahkan Yang Berhormat (YB) bukan kena serangan jantung. Keadaan Yang Berhormat (YB) ketika ini juga stabil."Doktor nasihatkan beliau supaya berehat selama 24 jam dan boleh keluar esok pagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Kejadian itu berlaku sehari selepas Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menerima rawatan kecemasan.Pejabat Ahli Parlimen Machang memaklumkan Wan Ahmad Fayhsal dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil, selain dinasihatkan doktor supaya berehat sehingga pulih sepenuhnya namun punca beliau dikejarkan ke hospital tidak diperincikan.Berkongsi lanjut, Norakmalina berkata, Azahari mengadu berasa tidak selesa dan berpeluh kira-kira jam 12 tengah hari.Menurutnya, Azahari mendapatkan pemeriksaan awal di klinik bangunan Parlimen sebelum doktor memanggil ambulans.Katanya, ambulans berkenaan kemudiannya membawa Azahari ke IJN untuk pemeriksaan lanjut.
Berpeluh ketika sidang Parlimen, MP Padang Rengas dikejarkan ke IJN

Key takeaways
Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hasan dikejarkan ke IJN selepas berpeluh dan merasa tidak selesa semasa sidang Parlimen.
- Pemeriksaan doktor mengesahkan beliau tidak mengalami serangan jantung.
- Doktor nasihatkan beliau berehat selama 24 jam.
- Kejadian ini berlaku sehari selepas Ahli Parlimen Machang dikejarkan ke hospital.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- RAIHAM MOHD SANUSI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Agong berkenan tujuh akta diluluskan pada sidang Parlimen lalu
- Sinar Harian Berpeluh ketika sidang Parlimen, MP Padang Rengas dikejarkan ke IJN (this story)








