KUALA PILAH - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua cedera selepas dipercayai dipukul oleh pelajar senior di sebuah asrama sekolah menengah di sini pada 27 September lalu.Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu berlaku selepas mangsa dipanggil ke sebuah dorm."Polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu kejadian melibatkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai mengalami kecederaan selepas dipukul oleh seorang pelajar lain di asrama terbabit."Siasatan awal mendapati, mangsa telah dipanggil ke sebuah dorm oleh seorang pelajar berusia 16 tahun susulan berlaku perselisihan faham antara mangsa dengan suspek," katanya dalam kenyataan pada KhamisMenurutnya, mangsa dipercayai telah dipukul oleh suspek di dorm tersebut dan telah di hantar ke Hospital Tuanku Najihah di sini akibat mengalami kecederaan.Beliau berkata, pemeriksaan mendapati, mangsa mengalami kecederaan 'soft tissue injury'."Polis telah mengenal pasti suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan."Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan serta menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan," katanya.
Pelajar Tingkatan 2 dikejarkan ke hospital selepas dipukul 'senior' di asrama sekolah

Key takeaways
Seorang pelajar Tingkatan Dua cedera selepas dipukul oleh pelajar senior di asrama sekolah dan dihantar ke hospital.
- Kejadian berlaku pada 27 September di asrama sekolah menengah.
- Pelajar lelaki berusia 14 tahun mengalami kecederaan 'soft tissue injury'.
- Polis sedang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Berita Harian
Story details
- Published
- By
- SYAMILAH ZULKIFLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Ali XPDC dikejarkan ke hospital akibat serangan jantung
- Sinar Harian Pelajar Tingkatan 2 dikejarkan ke hospital selepas dipukul 'senior' di asrama sekolah (this story)
- Utusan Malaysia Pelajar tingkatan dua cedera dipukul senior di asrama








