mohamadridzuan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Penyanyi Ali XPDC dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Sultan Idris Shah, Serdang kerana mengalami masalah kesihatan.
Berita sedih ini disampaikan oleh rakan baiknya, Fuad Syahrin kepada Harian Metro.
Fuad berkata, dia yang dikejutkan dengan kiriman gambar keadaan Ali yang sedang menggunakam alat bantuan pernafasan di hospital, segera mendapatkan anak lelakinya, Wan Aliuddin Aqiel atau Aqiel.
"Aqiel maklumkan kepada saya bahawa dia yang bawa bapanya ke hospital Serdang tengahari tadi. Doktor beritahu bapanya kena serangan jantung dan paru-paru berair.






