PETALING JAYA – Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd (Irkaz Travel) yang kini memasuki tahun kedua dilantik sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH), menyasarkan  seramai 300 jemaah bagi musim Haji 1448H/2027M bakal menempah pakej yang ditawarkan.

Bagi memenuhi keperluan jemaah haji, syarikat menawarkan dua pakej iaitu  Pakej Selesa dan Pakej Premium Rotana sebagai usahanya untuk terus memperkukuh komitmennya dalam menawarkan pengurusan dan perkhidmatan Haji yang teratur, selesa serta memberi keutamaan kepada kebajikan jemaah.

Pakej Selesa disasarkan kepada bakal jemaah Panggilan Pertama (P1), iaitu mereka yang telah menerima tawaran rasmi menunaikan ibadah haji daripada Lembaga Tabung Haji Malaysia dengan harga yang ditawarkan adalah RM49,999 bagi bilik berempat.