GEORGE TOWN: Malaysia adalah antara negara yang meraih manfaat daripada perubahan rantaian bekalan susulan pelbagai gangguan global termasuk tarif, peperangan dan gangguan bekalan minyak, dengan keuntungan syarikat serta pembelian daripada pembekal tempatan semakin meningkat, kata Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, David Gamble.
Beliau berkata, hubungan Malaysia-AS yang semakin kukuh, berlandaskan lebih 50 tahun sejarah dan kepercayaan bersama, telah mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk perniagaan serta menyokong kesinambungan pelaburan di negara ini.
"Keadaan sedang berubah, namun keuntungan syarikat di Malaysia terus meningkat, manakala 94 peratus syarikat AS di sini sama ada mengekalkan pelaburan sedia ada atau menambah pelaburan mereka.








