Polis berkata mangsa berusia 14 tahun dipanggil oleh suspek susulan perselisihan faham antara mereka sebelum dipukul sehingga mengalami kecederaan. (Gambar fail)

KUALA PILAH: Seorang pelajar lelaki Tingkatan 2 cedera selepas dipercayai dipukul pelajar Tingkatan 4 di sebuah asrama sekolah menengah di daerah ini pada 27 Sept lalu.

Ketua Polis Kuala Pilah, Muhammad Mustafah Hussin, berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 11.40 malam di sebuah asrama sekolah berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 14 tahun dipanggil oleh suspek susulan perselisihan faham antara mereka sebelum dipukul oleh suspek sehingga mengalami kecederaan, mangsa kemudian dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah,” katanya dalam kenyataan.