am@hmetro.com.my

Kuala Pilah: Seorang pelajar Tingkatan Dua cedera dipercayai dipukul pelajar senior di bilik asrama sebuah sekolah di daerah ini, 27 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 11.40 malam, di salah sebuah dorm asrama sekolah berkenaan.

"Polis menjalankan siasatan berhubung satu kejadian membabitkan seorang pelajar lelaki yang mengalami kecederaan selepas dikatakan dipukul pelajar lain di sebuah asrama sekolah menengah.

"Siasatan awal mendapati mangsa, seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dipercayai dipanggil ke sebuah dorm oleh pelajar senior berusia 16 tahun susulan berlaku perselisihan faham antara mangsa dan suspek," katanya, hari ini.