norhayati_nordin@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi dan komposer, Aina Abdul, 33, menyifatkan dirinya sebagai atlet daripada industri hiburan yang terpilih mewakili Malaysia dalam pertandingan Eurovision Asia 2026 pada 14 November depan.

Aina atau nama sebenar, Nurul Aina Abdul Ghani bakal berentap dengan penyanyi Asia lain yang mewakili negara masing-masing pada acara nyanyian berprestij itu yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand.

Ujar Aina, dia memilih untuk mempertaruhkan lagu terbaharu ciptaannya dalam bahasa Inggeris berjudul Bluest Sky yang diinspirasi daripada kisah sebenar mengenai luahan persaannya terhadap cinta dan kasih sayang.

"Selepas selesai Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) lalu, otak saya memang fikirkan Eurovision sahaja, dan sebenarnya tidak tidur malam juga sebab sibuk menghasilkan lagu yang agak banyak sudah saya cipta.