am@hmetro.com.my
Beluran: Seorang guru wanita maut, manakala tiga murid cedera selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki terbabit kemalangan di Jalan Pamol-Sapi Nangoh di sini, hari ini.
Difahamkan, mangsa berusia 25 tahun yang memandu Perodua Aruz bersama tiga pelajar murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai-Sungai dipercayai dalam perjalanan ke Beluran untuk menghadiri perkhemahan sebelum terbabit kemalangan jam 12.30 tengah hari.
Setakat ini, identiti semua mangsa belum diperolehi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Nur Azlan Shah Jamalludin, berkata pihak bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 1.58 tengah hari dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah Perodua Aruz dan kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux.








