KUALA PILAH - Dua pelajar lelaki Tingkatan Empat didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan membunuh pelajar Tingkatan Dua di asrama sebuah sekolah di Kuala Pilah, bulan lalu.Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang berusia 16 tahun itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roslinda Razali memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa telah membunuh Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, antara jam 7.30 malam hingga 8.50 malam di asrama putera sebuah sekolah di Kuala Pilah, 25 September lalu.Berikutan itu, tertuduh didakwa telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.Jika disabitkan, boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati, boleh disebat minimum 12 kali.Prosiding yang dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah itu dijalankan secara tertutup memandangkan kedua-dua tertuduh adalah individu di bawah umur.Sementara itu, peguam Datuk Hanif Hassan yang mewakili kedua-dua tertuduh ketika ditemui di luar kamar berkata, mahkamah menetapkan tarikh 7 Disember bagi sebutan laporan patologi, laporan kimia dan laporan forensik.Menurutnya, pihak pembelaan telah memohon kepada pihak mahkamah untuk satu arahan supaya kedua-dua anak guamnya dihantar ke pusat koreksional."Ia sementara menunggu tarikh yang akan datang supaya satu intervensi dalam aspek kaunseling diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)."Ia bagi membantu kedua-dua penama (tertuduh) daripada segi mental dan emosi sesuai dengan peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak (2001)," katanya.Jelasnya lagi, pihaknya akan memastikan kedua-dua tertuduh mendapat pembelaan yang sewajarnya mengikut undang-undang mengikut Akta Kanak-Kanak dan Kanur Prosedur Jenayah.Sebelum ini media melaporkan, mangsa yang meninggal dunia di sebuah asrama sekolah dipercayai dipukul menggunakan getah paip oleh seorang pelajar senior.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa selesai menunaikan solat Maghrib di asrama sekolah berkenaan.
Dua pelajar lelaki didakwa membunuh pelajar Tingkatan Dua di asrama

Key takeaways
Dua pelajar lelaki Tingkatan Empat didakwa atas pembunuhan seorang pelajar Tingkatan Dua di asrama sekolah.
- Kedua-dua tertuduh berusia 16 tahun dan didakwa di Mahkamah Majistret.
- Pembunuhan berlaku pada 25 September di asrama sekolah Kuala Pilah.
- Jika disabitkan, boleh dihukum mati atau penjara 30 hingga 40 tahun.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SYAMILAH ZULKIFLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Pelajar 19 tahun maut dipercayai dibunuh teman lelaki di rumah sewa
- Sinar Harian Dua pelajar lelaki didakwa membunuh pelajar Tingkatan Dua di asrama (this story)
- Utusan Malaysia Dua suspek kes buli SMK Za’ba didakwa membunuh







