am@hmetro.com.my

Iskandar Puteri: Cuaca buruk akibat jerebu di negeri ini menyebabkan sekurang-kurangnya lima penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) pagi ini terjejas dan terpaksa ditangguhkan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, jarak penglihatan yang rendah menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat demi mematuhi piawaian keselamatan penerbangan yang ditetapkan.

Katanya, susulan itu beberapa penerbangan terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Lapangan Terbang Changi, Singapura.

"Bukan sahaja pesawat tidak boleh mendarat, malah penerbangan yang belum berlepas dari tempat asal turut diminta menangguhkan jadual mereka.