syafiq.aznan@bh.com.my
Kuala Lumpur: Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC (SFC) kini berada di ambang mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala FA selepas melakar kemenangan meyakinkan pada perlawanan pusingan pertama suku akhir, sekali gus membawa bekalan selesa menjelang aksi timbal balik.
Situasi itu menyaksikan kedua-dua gergasi Liga Super terbabit boleh dianggap sudah menempah 'sebelah kaki' ke kelompok empat pasukan terbaik, meninggalkan hanya dua lagi slot yang masih menjadi rebutan antara empat pencabar lain.
Meskipun akan beraksi dalam kempen Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) malam ini, JDT akan turun menentang Penang FC, petang esok namun itu jelas bukanlah satu masalah memandangkan mereka sudah membawa bekalan lima gol hasil kemenangan 7-2 pada aksi suku akhir pertama.






