am@hmetro.com.my

Ayer Keroh: Lelaki dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memukul seorang wanita mengandung dengan batang penyapu di Kampung Batu Berendam, Isnin lalu.

Hukuman diputuskan Majistret Uthman Abd Ghani selepas menerima pengakuan bersalah Mohamad Ermy Ezwan Mohd Razak, 26, dan memerintahkan hukuman berjalan bermula dari tarikh ditangkap pada 5 Oktober lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja memukul Nurul Farhana Zainal Zaied, 36, menggunakan sebatang kayu penyapu sehingga cedera di hadapan sebuah rumah di Jalan Hajah Kalsom pada jam 7.45 malam 5 Oktober 2026.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman jika disabitkan.