razis@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Cuaca cerah pada waktu pagi tidak semestinya berterusan hingga petang apabila perubahan dalam tempoh singkat boleh berlaku susulan pemanasan permukaan bumi yang membantu udara panas dan lembap naik, sekali gus mencetuskan pembentukan hujan perolakan serta ribut petir.
Pensyarah Kanan Institut Perubahan Iklim (IPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Ricky Anak Kemarau berkata, apabila udara panas dan lembap naik, ia akan menyejuk menyebabkan wap air memeluwap sebelum membentuk awan.
Menurutnya, dalam keadaan atmosfera yang sesuai, awan berkenaan boleh berkembang menjadi awan kumulonimbus yang membawa hujan lebat, kilat dan angin kencang.
"Apabila udara ini naik dan menyejuk, wap air memeluwap lalu membentuk awan. Jika keadaan atmosfera sesuai, awan itu boleh berkembang menjadi kumulonimbus yang membawa hujan lebat, kilat dan angin kencang.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2022%2F12%2Fff13c5aced267bd057c294b0a237e5d4.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)