SENGATAN binatang berbisa seperti lipan, kala jengking, lebah dan ular adalah antara risiko terutama ketika cuaca hujan.

Ancaman terhadap kanak-kanak dan juga orang dewasa itu perlu diberi

perhatian serius, kerana dalam keadaan sedemikian kemungkinan berlaku serangan berkenaan.

Dalam keadaan banjir misalnya, atau persekitaran rumah yang hampir dengan belukar atau semak samun, sikap berwaspada ibu bapa penting dalam menyelamatkan nyawa anak.

Jangan ambil mudah walaupun anak mungkin hanya disengat tebuan. Walaupun mungkin sedikit, jika ibu bapa tidak ada pengetahuan, lebih baik anak dirujuk terus ke klinik berhampiran.