KUALA LUMPUR: Penyelarasan gaji minimum baharu antara RM1,900 hingga RM2,000 wajar dipertimbangkan secara beransur-ansur selain mengambil kira perbezaan mengikut sektor serta negeri bagi mengurangkan tekanan terhadap perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), kata pakar ekonomi.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pelaksanaan secara bersasar adalah penting kerana struktur upah, tahap kemahiran pekerja dan kos operasi berbeza mengikut industri, manakala keadaan pasaran buruh di kawasan bandar serta luar bandar juga tidak sama.

"Gaji minimum buat masa ini berada pada paras RM1,700 sebulan dan ia bermula sejak 2012, daripada kira-kira RM900, sebelum beransur-ansur meningkat.