KUALA LUMPUR: Ketika rakyat Malaysia masih merasai bahang kehangatan kembalinya Formula 1 (F1) ke Sepang selepas sembilan tahun tidak beraksi, sewajarnya Belanjawan 2027 turut dirangka mengikut acuan yang sama yang mampu menjana limpahan serta impak lebih meluas kepada rakyat, terutamanya memandangkan Malaysia bakal menyambut ulang tahun ke-70 tahun depan.
Sambutan luar biasa terhadap jualan tiket F1 MADANI memberikan gambaran jelas tentang bagaimana aktiviti ekonomi berskala besar mampu mewujudkan peluang melangkaui acara utama itu sendiri, sekali gus menjana pulangan besar menerusi pelbagai aktiviti, daripada sektor pelancongan dan hospitaliti hinggalah kepada penjualan makanan.
Perlumbaan F1 Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang berjaya menarik kehadiran 261,000 pengunjung, satu rekod baharu, serta menjana keseluruhan impak ekonomi RM1.3 bilion untuk Malaysia.










