SHAH ALAM - Kerajaan perlu menambah keperluan struktur dan skala gaji dalam Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 bagi mewujudkan panduan lebih jelas kepada majikan dan pekerja susulan pelaksanaan kenaikan kadar gaji minimum baharu.Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, kenaikan itu tidak seharusnya hanya tertumpu kepada pekerja bergaji rendah, sebaliknya perlu disusuli penambahbaikan struktur gaji bagi memastikan pekerja senior turut mendapat pelarasan sewajarnya.Menurut beliau, ketiadaan struktur gaji menyebabkan sebahagian majikan hanya menjadikan kadar gaji minimum sebagai asas penetapan gaji tanpa mengambil kira pengalaman, kemahiran atau kelayakan akademik pekerja."Apabila syarikat kecil dan syarikat besar yang tidak ada kesatuan, ia akan gunakan itu sebagai panduan dengan alasan kerajaan tidak arahkan atau ada dalam mana-mana akta."Kalau ada struktur gaji, apabila gaji minimum naik, struktur gaji itu akan berubah. Kalau gaji minimum RM3,100, sudah tentu gaji pertengahan dan maksimum juga ada dalam struktur itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.Katanya, keadaan itu juga akan mewujudkan situasi gaji minimum menghimpit gaji pertengahan apabila kadar gaji minimum terus meningkat sedangkan gaji pekerja di peringkat pertengahan tidak berubah."Ini menyebabkan pekerja pertengahan tidak mendapat penambahan gaji. Kita minta kerajaan ambil kira perkara ini kerana daripada 2013 sehingga sekarang, struktur gaji tidak ada dalam akta tersebut."Selain itu, ia juga boleh menyelesaikan isu ketidakpadanan gaji berdasarkan kelayakan seperti diploma, ijazah dan kemahiran kerana semuanya mempunyai skala gaji yang jelas," katanya lagi.Katanya, isu berkenaan turut memberi kesan kepada daya tarikan pekerjaan konvensional dalam kalangan golongan muda berkemahiran."Dalam pekerjaan konvensional yang tidak mempunyai struktur gaji, mereka rasa ia tidak menjamin kenaikan dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding dalam kerajaan dan GLC, struktur gaji itu ada dan mereka boleh merancang kerjaya."Mereka lebih memilih sektor ekonomi gig kerana melihat pulangan pendapatan yang lebih menarik serta fleksibiliti waktu bekerja," katanya.Beliau menegaskan, kegagalan menangani isu itu boleh menyebabkan negara kehilangan tenaga kerja muda berkemahiran yang sepatutnya dapat menyumbang dalam sektor pekerjaan konvensional.Pada masa sama, MTUC mencadangkan kadar gaji kehidupan wajar RM3,100 sebagai panduan dalam penetapan gaji pekerja dan ia munasabah untuk pekerja baharu."Jumlah itu selari dengan kajian Bank Negara Malaysia pada 2017 yang menganggarkan keperluan gaji sekitar RM2,700 ketika itu."Jadi kalau dapat RM3,100, kita kata mencukupilah untuk mereka mengharungi kehidupan dalam menghadapi keadaan ekonomi semasa," ujarnya lagi.Tambahnya, kerajaan juga diminta mengawal kos barangan yang semakin meningkat."Jika jaminan kos barangan yang makin meningkat boleh dikekang oleh kerajaan maka pekerja dapat menikmati kenaikan itu dengan ada lebihan gaji," katanya.
Gaji minimum RM2,000: Jangan abaikan pekerja senior

Key takeaways
Kerajaan perlu memperbaiki struktur gaji dalam akta untuk memastikan pekerja senior juga mendapat pelarasan sewajarnya.
- Kenaikan gaji minimum tidak seharusnya hanya fokus kepada pekerja bergaji rendah.
- Ketiadaan struktur gaji menyebabkan masalah ketidakseimbangan gaji antara pekerja.
- Struktur gaji yang jelas boleh menyelesaikan isu ketidakpadanan berdasarkan kelayakan dan pengalaman.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AINON MOHAMED
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Gaji minimum GLC RM3,100 tak boleh jadi penanda aras, kata majikan
- Berita Harian Kenaikan gaji minimum jangan sampai himpit pekerja mahir
- Berita Harian PMKS wajar diberi tempoh kenaikan gaji minimum
- Sinar Harian Gaji minimum RM2,000: Jangan abaikan pekerja senior (this story)








