Bengaluru: Kenny Bednarek memburu pingat emas pada Kejohanan Dunia tahun depan di Beijing dan Sukan Olimpik Los Angeles 2028 selepas berjaya menyingkirkan gelaran 'lelaki perak' menerusi kejayaan meraih dua emas pecut di Kejohanan Ultimate Olahraga Dunia bulan lalu.
Pelari Amerika Syarikat (AS) itu sebelum ini sering menjadi pencabar dalam acara 200 meter (m), dengan memenangi dua pingat perak Olimpik dan dua perak Kejohanan Dunia, namun kejayaan berganda di Budapest membuktikan dia kini mampu menjadi ancaman dalam kedua-dua jarak di pentas utama.
Bednarek, 27, berkata dalam temu bual video bersama Reuters bahawa kegagalannya beberapa kali sekadar bergelar naib juara membuatkan dia semakin dahagakan kejayaan.









