KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memasukkan mekanisme pampasan atau ganti rugi kepada mangsa atau waris kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) sebagai tambahan hukuman jenayah sedia ada.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata ia bertujuan memastikan pesalah bukan sahaja dikenakan hukuman penjara, denda dan hilang kelayakan memandu, malah memikul tanggungjawab membayar kerugian ditanggung mangsa atau keluarga mereka.

Katanya, mekanisme terperinci berkaitan bentuk pampasan, kaedah penilaian dan pelaksanaannya sedang diperhalusi sebelum cadangan pindaan dibentangkan di Parlimen.

"Pada masa ini, Seksyen 44 Akta 333 memperuntukkan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian.