asmaini@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan secara dasarnya bersetuju memasukkan mekanisme pampasan atau ganti rugi kepada mangsa atau waris kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) sebagai tambahan kepada hukuman jenayah sedia ada.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu bertujuan memastikan pesalah bukan sahaja dikenakan hukuman penjara, denda dan kehilangan kelayakan memandu, malah turut memikul tanggungjawab membayar kerugian ditanggung mangsa atau keluarga mereka.

Katanya, mekanisme terperinci berkaitan bentuk pampasan, kaedah penilaian dan pelaksanaannya sedang diperhalusi sebelum cadangan pindaan dibentangkan di Parlimen.