mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Baru sahaja dibenarkan keluar pada Sabtu lalu selepas seharian dirawat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang akibat masalah kesihatan, penyanyi Ali XPDC kembali dimasukkan ke wad kecemasan hospital terbabit pada Isnin.

Perkara ini dimaklumkan oleh anaknya, Wan Aliuddin Aqiel atau Aqiel menerusi media sosial yang meminta semua pihak mendoakan kesihatan ayahnya.

Aqiel dihubungi berkata, ayahnya mengadu kembali sakit dada membuatkan dia segera membawanya ke hospital.

"Ayah ada masalah paru-paru berair dan jantung lemah dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan di hospital serta mendapat pemantauan rapi doktor.