saadiah_ismail@bh.com.my
Kuala Lumpur: Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan sudah memberi perincian prosedur operasi standard (SOP) bagi proses hukuman tahanan rumah kepada Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri Datuk Zamri Misman berkata, makluman perincian itu sudah dimaklumkan secara lanjut kepada bekas Perdana Menteri berkenaan.
"Jabatan Penjara sudah memaklumkan details (perincian) kepada Datuk Seri Najib," katanya dalam sidang media, di Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau ditemui pada sesi taklimat media Bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkaitan pelaksanaan halatuju institusi Parlimen setelah Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 berkuat kuasa 1 Oktober 2026.








