lizamridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Model daripada TIGGO menyumbang 66 peratus daripada keseluruhan jualan Chery Malaysia pada 2025.

Jumlah berkenaan adalah peningkatan daripada rekod yang dicatatkan pada 2024 iaitu 37 peratus dan 16 peratus pada 2023.

Peningkatan itu menjadikan keluarga SUV berkenaan sebagai antara pemacu utama prestasi jualan Chery di Malaysia, dengan syarikat terus menambah pilihan menerusi pengenalan TIGGO Cross Sport Edition.

Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang berkata, siri TIGGO akan kekal sebagai fokus utama strategi produk syarikat pada 2026, manakala teknologi Chery Super Hybrid (CSH) terus menjadi sebahagian daripada hala tuju produk berkenaan.