am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir memaklumkan beliau mengetahui anaknya pernah mencuba vape.

Noraidah Lamat, 46, ketika memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan berkata, beliau ada bertanya kepada Zara Qairina mengenai vape selepas mengetahui beberapa pelajar lelaki membawa alat berkenaan ke sekolah.

"Saya bertanya kepada Zara Qairina mengenai perkara itu dan sama ada dia terbabit. Pada mulanya, dia berkata tidak, tetapi apabila saya bertanya lagi, Zara Qairina mengaku pernah mencubanya sedikit.

"Daripada situ, saya tahu Zara pernah mencuba vape," katanya yang juga saksi ke-82.