am@hmetro.com.my

Bentong: Polis tahan seorang lagi suspek dipercayai terbabit dalam kes samun kedai emas di SkyAvenue, Genting Highlands di sini, membabitkan kerugian kira-kira RM1.75 juta.

Lelaki warga China berusia awal 40-an, ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam.

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata, suspek itu ditahan ketika baru tiba di Malaysia bagi membantu siasatan.

"Suspek direman hingga Sabtu ini," katanya ketika sidang media selepas majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Bentong dan Pengerusi PERKEP Daerah Bentong di IPD Bentong di sini, hari ini.