Tokyo: Di Jepun yang terkenal dengan budaya kuat bekerja hingga menyebabkan ramai warganya keletihan, sekumpulan 'pemburu tidur kompetitif' bersaing untuk melihat siapa paling pantas terlelap dan paling lena dalam pertandingan anjuran sebuah syarikat tilam.

Pertandingan yang diadakan di Tokyo dan dinamakan 'Matt Race' itu menyaksikan puluhan peserta dipasangkan peranti pemantau tidur sebelum berbaring di atas tilam empuk untuk tidur sehingga 90 minit pada Isnin, demi merebut hadiah utama melebihi dua juta yen (kira-kira RM52,000).

"Jepun sering digambarkan sebagai sebuah negara yang mengalami masalah kekurangan tidur dan warganya sangat rajin bekerja," kata Pengarah Kreatif penganjur Koala Sleep Japan, Riichiro Nakama.