KUALA LUMPUR: Anggota kumpulan Kool, Hairee, 56, kecewa apabila bayaran diterima untuk satu persembahan masih pada kadar RM500, biarpun sudah lebih tiga dekad berkecimpung dalam dunia muzik.
Hairee atau nama sebenar, Mohd Khairi Yaakob, berkata kadar bayaran diterima seolah-olah masih pada takuk lama, sedangkan industri muzik terus berkembang.
"Industri muzik kita masih pada tahap yang sama. Perubahan itu ada, tetapi lebih kepada visual sahaja. Hakikatnya, bayaran yang diberikan sama.
"Sekarang 2026, tetapi masih bayar saya RM500 untuk satu persembahan. Bukan satu lagu, tetapi tiga lagu," katanya ketika ditemui pada sidang media KARYAWAN Hi Tea di Hotel Steg di sini, baru-baru ini.
Menurut Hairee, isu itu bukan perkara baharu dan pernah dibangkitkan sebelum ini termasuk pada sesi podcast.









