(PARLIMEN) Ketua Pendaftar perlu jawab teguran PAC berhubung e-Jamin - Azalina
Oleh Saadiah Ismail
saadiah_ismail@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan perlu memberi maklum balas terhadap kebimbangan dibangkitkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung penggunaan sistem e-Jamin.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata e-Jamin berada di bawah bidang kuasa mahkamah dan sebarang persoalan mengenai status semasa sistem itu perlu dirujuk kepada Ketua Pendaftar.










