Sebelum ini, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara melaporkan e-Jamin, perkhidmatan bayaran wang jaminan mahkamah di bawah PKPMP, telah beroperasi lima tahun sejak 2020 tanpa kontrak rasmi dengan kerajaan Persekutuan. (Gambar fail)

KUALA LUMPUR: Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) telah diminta memberikan penjelasan rasmi berhubung laporan dan teguran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkaitan isu pengurusan sistem e-Jamin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata pengoperasian dan tadbir urus sistem itu terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa badan kehakiman, khususnya PKPMP.

"Saya tengok perkara yang dibawa oleh PAC itu satu teguran yang Ketua Pendaftar (PKPMP) kena jawab dan kita telah memaklumkan kepada Ketua Pendaftar, mungkin pihaknya akan buat kenyataan," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.