PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen mempersoalkan sama ada kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) masih mampu memenuhi keperluan pertahanan apabila mencapai keupayaan operasi penuh, kira-kira 24 tahun selepas projek itu diluluskan pada 2011.
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 yang dikeluarkan Isnin lalu mendapati kapal pertama, LCS 1, mungkin hanya dapat beroperasi sepenuhnya pada Disember 2035.
Ketika membahaskan laporan itu di Dewan Rakyat hari ini, Chong Zhemin (PH-Kampar) mempersoalkan sama ada keupayaan LCS 1 masih dapat memenuhi keperluan operasi ketika itu susulan perubahan teknologi dan ancaman keselamatan.








/file/attachments/orphans/adasasdasd_389088.png)