PETALING JAYA: Peguam keluarga seorang penganggur yang meninggal dunia ketika dalam tahanan menggesa polis menyiasat kes itu atas kesalahan membunuh.
Noorizwan Zulkefly, 42, disahkan meninggal dunia pada 1 Okt lalu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz selepas dibawa dari lokap IPD Cheras.
Peguam N Surendran berkata sehingga kini tiada sebab Noorizwan ditahan pada 20 Sept lalu atau kesalahan yang didakwa dilakukannya.
Jelasnya, pakar patologi memaklumkan punca kematian Noorizwan akibat hentakan benda tumpul dengan kecederaan serius menyebabkan enam hingga tujuh tulang rusuk patah serta kecederaan pada tulang belakang.








/file/attachments/orphans/AyeshaSheikMazrul2_861393.png)