Melaka: Hasrat seorang wanita warga emas pulang ke rumah selepas dibenarkan keluar dari hospital tidak kesampaian apabila ditemukan meninggal dunia dalam kereta di parkir rumahnya dekat Taman Tasik Utama Ayer Keroh, petang semalam.
Lebih menyayat hati, mangsa berusia 69 tahun itu ditemukan masih lengkap berpakaian hospital dengan tangan kiri beranduh.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas, berkata polis menerima laporan kejadian pada 4.52 petang, selepas dihubungi orang awam mengenai seorang wanita tidak sedarkan diri di lokasi berkenaan.
Beliau berkata, sepasukan polis ke lokasi dan hasil pemeriksaan mendapati wanita itu berada di tempat duduk hadapan di dalam Proton Saga berwarna hitam.








/file/attachments/orphans/AnnessaTan1_502210.jpg)