MELAKA – Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di tempat duduk penumpang hadapan sebuah kereta Proton Saga di kawasan parkir Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas dalam kenyataan hari ini berkata wanita berusia 69 tahun itu ditemukan pada kira-kira 4 petang dan baru keluar dari hospital Melaka serta masih memakai pakaian hospital selain tangan kiri beranduh.

“Mangsa mendapatkan rawatan kerana retak bahu kiri akibat terjatuh di rumah. Anak lelaki mangsa yang berusia 44 tahun menerima panggilan telefon daripada Hospital Melaka pada 1.50 tengah hari untuk membawa pulang wanita itu yang memakai pakaian hospital kerana tiada pakaian ganti,” katanya.