KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Bahrain atas kepercayaan yang diberikan kepada Malaysia dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi menjayakan penganjuran Formula 1 (F1) Grand Prix Gulf Air Bahrain 2026.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata kerjasama erat antara SIC dan Litar Antarabangsa Bahrain (BIC) selain komitmen padu seluruh pasukan penganjur, telah membolehkan perlumbaan berprestij dunia itu berlangsung dengan jayanya.

Beliau berkata pencapaian itu sekali gus memperkukuh hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.

“Salut kepada semua yang bertungkus-lumus, daripada pemandu bas, anggota keselamatan dan sukarelawan hingga peniaga serta petugas kebersihan, kerana di sebalik kemeriahan ini ada keringat dan kesungguhan mereka yang wajar kita hargai.