KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan tujuh akta diluluskan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 22 Jun hingga 16 Julai lalu.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ramli Mohd. Nor berkata, akta berkenaan termasuk Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2026 dan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026.
Turut diperkenankan ialah Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 2026, Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026, Akta Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026, Akta Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026.
Ramli memaklumkan perkara itu pada permulaan Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-15 yang bersidang selama 37 hari mulai hari ini hingga 8 Disember depan.








