nurul_husna@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) mengambil langkah berhati-hati dengan menghentikan sementara pembayaran elaun kepada Pengerusi, Ahli Jawatankuasa, Setiausaha, dan Wakil Pengurusan berikutan timbulnya isu perbezaan tafsiran undang-undang.
KWPPL dalam satu kenyataan media hari ini memaklumkan, isu berkenaan dibangkitkan berhubung punca kuasa perundangan serta tatacara kewangan yang terpakai terhadap pembayaran terbabit.
Menurut kenyataan itu, pembayaran elaun berkenaan menggunakan dana KWPPL dan bukannya Peruntukan Mengurus Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Laut Malaysia (JLM) .
"KWPPL ditubuhkan di bawah kerangka Merchant Shipping Ordinance 1952 (MSO 1952) dan ditadbir berdasarkan Merchant Shipping (Central Mercantile Marine Fund) Rules 1984 (CMMF Rules 1984) sejak 1953.









